29 Feb 2012

Perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar

  
Pada 25 Februari yang lalu.KPP Seremban telah menghantar wakil sebanyak 2 buah bas untuk menyertai perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar.Pihak KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan lagi majlis disamping mengambil bahagian di dalam beberapa sukan seperti futsal,bola tampar,ping pong,badminton dan bola jaring.Program ini telah disertai oleh beberapa kolej lain antaranya ialah KJM Kluang,KK Muar,KK Kuala Pilah,KK Melaka,KK Segamat,KK Batu Pahat dan KSKB Johor Bahru.



Para pelatih KPP Seremban yang menyertai program ini mula bertolak dari kolej seawal jam 6 pagi.Kira-kira jam 9 pagi kami selamat sampai.Suasana di KK Muar kelihatan sungguh meriah dengan wakil wakil dari kolej yang lain.

Kesemua peserta yang terlibat berkumpul di perkarangan KK Muar sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut acara yang disertai.Setiap perlawanan diadakan di kawasan yang berbeza dan turut diadakan di luar kawasan koleh.Bas turut disediakan untuk memudahkan setiap peserta ke tempat perlawanan.




Aturcara majlis berjalan lancar.Kesemua atlet tampak hebat dan bertenaga untuk bertanding antara kolej kolej yang lain.




KPP Seremban berjaya menjadi naib johan dan tempat ketiga bagi sukan futsal mengalahkan kolej kolej yang lain.

Akhirnya majlis berakhir pada pukul 5 petang selepas penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Muar.Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberikan komitmen yang baik.Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam diri para pelatih tidak luntur


-Kami Sedia Membantu-





 

26 Feb 2012

CERAMAH AGAMA:SEDEKAH

           Pada 24 Februari 2012 sekali lagi slot ceramah agama telah dijalankan pada petang jumaat.Kali ini tema yang dibawakan oleh Ustaz Hj Affandy bin Mat Nor ialah berkaitan dengan SEDEKAH.Seperti mana yang kita ketahui sedekah adalah amalan yang amat digalakkan dalam agama Islam.Hal ini kerana bersedekah terutamanya kepada yang memerlukan sangatlah bersifat mulia dimata Allah.

           Slot pada petang yang penuh barakah itu telah dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Munir bin Abd Halek daripada Kumpulan 78.Selepas itu bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Amiruddin dan bacaan tafsir oleh saudara Ibrahim bin Isa .

            Konsep sedekah dalam Islam telah diketengahkan oleh penceramah jemputan. Sedekah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'sadaqa' yang bererti benar.Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya namun dari segi terminologi syariat pula,pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

                                         

          Sesungguhnya tangan yang memberi sedekah itu lebih baik daripada tangan yang menerima dan bersedekahlah kamu walaupun dengan sebijik kurma Insyaallah kamu akan diberkati olehNya

          Sedekah ialah satu pemberian ikhlas samada benda itu merupakan sesuatu yang kita sayangi ataupun tidak.Namun yang menjadi asas utama adalah melalui keikhlasan.Maknanya kita tidak memikirkan dan mengharapkan sebarang balasan apabila bersedekah,Sedekah ini juga lebih merujuk kepada pemberian terutamanya seperti barang makanan.Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid,surau,rumah anak yatim dan sebagainya.

                           
MAKSUDNYA:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.


Antara kelebihan yang akan diperolehi apabila amalan sedekah dilakukan ialah
  • dipanjangkan umur
  • mencegah ajal yang buruk
  • menghapuskan sikap sombong dan bangga diri
  • menolak bala
Menurut hadis riwayat Al-Baihaqi bersabda:
"Segerakanlah kamu bersedekah,kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah"


           Seterusnya slot pada petang itu tidak berakhir begitu sahaja.Ini adalah kerana sesi soal jawab telah dibuka dalam kalangan para pelatih bagi menjawab sebarang soalan yang mungkin menjadi kemushkilan di dalam diri.Antara soalan yang diperkatakan adalah:

1) Senyum itu satu sedekah.Adakah seorang perempuan boleh senyuman kepada lelaki dan sebaliknya?
  Ya,situasi ini boleh berlaku tetapi dengan niat dihati senyuman sekadar sebagai seorang kawan dan niat kerana Allah serta tidak menjurus kepada sebarang perzinaan

2)Yang manakah yang lebih baik antara orang kaya yang bersedekah dengan orang miskin yang bersyukur?
Yang lebih baik adalah orang kaya yang bersedekah kerana orang miskin itu tadi menerima manfaat daripada yang kaya.

25 Feb 2012

Pertandingan Futsal KPP Seremban

               Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh biro sukan dan kelab futsal pada 19 febuari 2012 yang lalu telah mendapat sambutan hangat daripada setiap semester. Pertandingan kali ini telah diadakan di Pusat Futsal Public Star Seremban. Pertandingan yang dijalankan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Sebanyak 16 kumpulan bagi kategori lelaki dan hanya 3 kumpulan bagi kategori perempuan menyertai pertandingan kali ini. 


            Dua pasukan yang memungut mata tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan Kalah mati.


KUMPULAN A
Ranggo FC dan Kucing Janda layak ke pusingan seterusya.
Pantai Timur gagal meneruskan kemaraa apabila tewas jarinngan melalu jumlah jaringan gol
KUMPULAN B
TANGGO FC dan PLUS FC mara ke pusingan kalah mati
KUMPULAN C
PRO GOAL dan SEM 4 mara ke pusingan kalah mati.
KUMPULAN D
BOLOX SEROX FC dan LIPAN BARA FC mara kepusingan kalah mati


            Pertandingan mula hangat dengan sorakan apabila para pemain mula menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menggelecek dan mengawal bola.Aktiviti ini terbukti berjaya melahirkan dan mengetengahkan bakat-bakat dalam permainan futsal.


          Sorotan sepanjang perlawanan sampai ke kemuncak apabila dua pasukan melayakkan diri ke pusingan akhir.Perlawanan akhir antara pasukan Ranggo FC dan Tanggo FC berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.




       Pertandingan akhir antara dua pasukan hebat itu berakhir dengan kemenangan mutlak pasukan Tanggo FC menewaskan Ranggo FC dengan 2 gol tidak berbalas dalam masa tambahan. 


JUARA PERTANDINGAN FUTSAL KPPS
TANGGO FC

NAIB JUARA PERTANDINGAN FUTSAL KPPS
RANGGO FC

Finalis Pertandingan kategori lelaki

                 Ketiga-tiga pasukan dari kategori perempuan juga tidak kurang hebatnya.Dan 80 girls Team A telah memenangi tempat pertama dalam kategori perempuan apabila berjaya menewaskan 2 pasukan lain yang bertanding. 
     
                             
Juara pertandingan futsal kategori perempuan.

            Secara keseluruhan pertandingan berjalan lancar dan segala objektif pertandingan tercapai.Di harap pertandingan seperti ini dapat di teruskan dari masa ke semasa demi memastikan minat untuk bersukan dalam kalangan pelatih tidak pernah luntur.


-sedia membantu-

22 Feb 2012

KPP Seremban ke Majlis sukan Kolej Kejururawatan Melaka

            


            Pada 18 febuari 2012 yang lalu KPP Seremban telah diundang oleh pihak Kolej Kejururawatan Melaka untuk menyertai Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka. KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan acara dan dalam masa yang sama diundang untuk menyertai beberapa acara khas bagi kategori Kolej jemputan. Program ini telah diadakan di padang Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.


         Seramai 23 pelatih KPP Seremban yang terdiri daripada peserta aktiviti sukan dan para penyokong menyertai aktiviti ini. Para pelatih diiringi Setiausaha Kokurikulum iaitu Encik Isahari bin Smile.

        Aktiviti tampak meriah bermula dengan perasmian dan perbarisan.Antara kolej yang turut diundang bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka ini ialah Kolej Kejururawatan Kuala Pilah,Kolej Kejururawatan Muar dan Kolej Sains Kesihatan Johor Bahru.

Para penyokong dari KPP Seremban dan Kolej kejururawatan Muar

        Aturcara majlis berjalan lancar dan teratur.Kesemua atlet dari Kolej kejururawatan Melaka tampak hebat dan berbakat. Para penyokong dari KPP Seremban tidak putus menyokong kumpulan yang masuk bertanding. 

        Hari sukan pada hari itu di meriahkan lagi apabila tiba acara untuk kolej jemputan bermula.KPP Seremban menghantar wakil untuk 3 acara yang dipertandingkan.Berikut adalah nama peserta yang mengambil bahagian:

  1. Rafail bin Dapat : 4x100 & 4x200
  2. Syed Muhamad Farid :4x100 & 4x200
  3. Muhamad Usaidillah : 4x100 & 4x200
  4. Khairul Fahmi bin Razali : 4x100
  5. Muhamad Asyraf Afif : 4x200
  6. Faizul Azim : 4x400
  7. Bourniface anak Louison : 4x400
  8. Chew Hoon Chong : 4x400
  9. Herjenie Rubin : 4x400


                                                      
          KPP Seremban berjaya memungut pingat emas bagi acara 4x100 dan 4x200 manakala pingat gangsa bagi acara 4x400. Antara acara yang dianjurkan ialah acara tarik tali terbuka kepada semua pelatih mahupun pengiring.

Kemeriahan Hari Sukan 
           Akhirnya majlis berakhir pada pukul 3 petang selepas upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Melaka. Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberi komitmen yang baik. Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam kalangan pelatih tidak luntur.

Majlis Maulidur Rasul HTJ

Pada 18 Februari yang lepas pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bagi mengingati tarikh kelahiran nabi kita Rasulullah S.A.W.Oleh itu,pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menghantar wakil bagi memeriahkan majlis pada hari itu.


Majlis bermula pada jam 7.30 pagi bagi aktiviti berarak beramai-ramai.Para pelatih yang terlibat berkumpul di padang tempat letak kereta sebelum perarakan bermula.Perarakan tersebut juga disertai oleh beberapa wakil dari setiap unit Hospital Tuanku Jaafar seperti Unit Kecemasan dan sebagainya.Ia bermula dari padang tempat berkumpul dan seterusnya berarak mengelilingi kawasan Hospital sambil mengalunkan selawat .


Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hazarudin.Pelbagai info menarik berkaitan dengan kelahiran nabi kita disampaikan.Para hadirin kelihatan amat khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan itu yang diselangi dengan lawak spontan oleh tuan penceramah.Penceramah juga ada menyebut tentang DUIT yang membawa maksud :


D = Doa
 U = Usaha
       I -= Istiqamah
      T = Tawakkal

Kita mestilah sentiasa berdoa kepadaNYA,berusaha bagi mendapatkan sesuatu.Istiqamah dengan setiap pekerjaan yang dilakukan dan tawakkal kepada semua perkara yang telah dilakukan.




Selepas itu,pengarah Hospital Tuanku Jaafar telah memberikan ucapan dan beberapa amanat berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul ini dan seterusnya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah bagi perarakan.Pemenang pertama dijuarai oleh Unit Jururawat.Tempat kedua pula disandang oleh Unit Jabatan Kecemasan dan Trauma dan tempat ketiga ialah dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban.Tahniah diucapkan kepada semua pelatih yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Akhir sekali majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan selawat ke atas Nabi Junjungan Besar,Muhammad S.A.W.Para peserta yang terlibat telah disajikan dengan sedikit jamuan ringan daripada pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

20 Feb 2012

Program Sesama Sayang anjuran HTJ

           Pada 16 febuari 2012 pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah menganjurkan satu program yang dinamakan "Sesama Sayang". Program ini kerap kali diadakan dengan tujuan menghiburkan para pesakit yang telah lama di wad dan meraikan hari lahir pesakit.


          Program Sesama sayang pada kali ini lebih meriah apabila Radio Malaysia Negeri FM dan pelatih-pelatih dari KPP Seremban turut diundang bagi membuat persembahan. Pelatih dari kumpulan 80 diberi kepercayaan untuk menghiburkan para pesakit yang akan draikan.Program pada petang itu diacarakan oleh Encik Engku Nazri dan wakil dari KPPS Mohd Nur Hakim.

                      
        Majlis pada petang itu dimulakan tepat pada pukul 2.45 petang apabila kesemua pesakit yang diraikan tiba. Ramai staf dan kakitangan hospital sanggup meluangkan masa bagi memeriahkan majlis. Antara persembahan yang disajikan oleh pelatih dari kumpulan 80 ialah persembahan nyanyian oleh Mohd Izzat Farhan yang mendendangkan lagu bertajuk sedetik lebih, Tarian Klasikal India oleh Keshavan, Persembahan zapin johor yang diketuai oleh Aisyah Azman dan Tarian Bollywood yang diketuai oleh Nanthini Kumari.


        Majlis pada petang itu bertambah meriah dengan adanya penyampai radio Negeri FM yang mengacarakan slot kuiz dan permainan bersama pesakit dan penonton.Kesemua pesakit tampak gembira dan dapat melupakan seketika masalah penyakit yang dihidapi sewaktu majlis dijalankan.

       Di penghujung majlis kesemua pesakit dijemput naik ke atas pentas untuk aktiviti memotong kek sempena hari lahir. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada wakil KPP Seremban Puan NorHasimah.


            Program seperti ini harus diteruskan dan patut dicontohi oleh pelbagai pihak.program seperti ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan hiburan untuk pesakit yang telah lama menetap di Hospital.

Al-Bugahir Juara Pertandingan Nasyid

          
         Pada 12 febuari 2012 telah berlangsung satu pertandingan nasyid KPP Seremban anjuran biro kebudayaan dan kerohanian di auditorium perdana. Majlis yang di acarakan oleh siti Nur Amalina dan Mohd Hakimi dimulakan dengan ucapan dari Tuan Pengarah Encik Amir Nurdin bin Harun.


         Pertandingan Nasyid pada kali ini disertai oleh 8 kumpulan yang terdiri daripada pelatih-pelatih semester 1 hingga semester 3. Para pelatih dari semester 4 hingga 6 juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan-persembahan yang telah disajikan. Antara kumpulan yang dipertandingkan ialah:
  1. Al - Humaira (k79)
  2. Panggilan Hijrah (k78)
  3. Syababul Mujahidin (k80)
  4. Soutul Nisa (k80)
  5. Zaufan (k79)
  6. Berkati Kami (k78)
  7. Al - Bugahir (k78)
  8. Al - Syaba (k80)


Al - Humaira

Panggilan Hijrah

Al - Bugahir

soutul Nisa

zaufan

Al-syaba

Berkati kami

syababul mujahidin

         Juri jemputan pada malam itu terdiri daripada tenaga pengajar kolej sendiri iaitu Encik Abu Bakar bin Mad Lazi , Encik Hamzah bin Yan dan Encik Isahari bin Smile.Antara kriteria pengadilan yang diambil kira ialah tempo 45% , Vokal 40% , pakaian 5% dan persembahan 10%.

         Selepas semua kumpulan berentap mempersembahkan kebolehan dan kretiviti masing-masing dalam menyampaikan lagu akhirnya keputusan pertandingan diumumkan.

TEMPAT PERTAMA  : AL-BUGAHIR (K78)
TEMPAT KEDUA     : BERKATI KAMI (K78)
TEMPAT KETIGA     :ZAUFAN (K79)

          Auditorium Perdana KPP Seremban bergema dengan sorakan penonton apabila AL- Bugahir dinobatkan sebagai juara pada malam itu.Pihak juri berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pada malam itu walau terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.


            Majlis pada malam itu berakhir.Program Nasyid yang dianjurkan oleh biro kebudayaan ini berakhir dengan jayanya.Ini terbukti apabila kesemua pihak memberi kerjasama yang baik.

           Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang. Menang atau kalah bukan persoalan. Kemenangan yang sebenarnya adalah apabila kesemua kumpulan berjaya menyampai kan dakwah melalui alunan nasyid indah.

-sedia membantu-

16 Feb 2012

Pemberitahuan:Pertandingan Futsal KPPS

          Dimaklumkan bahawa Kelab Futsal KPP Seremban dengan usaha sama Biro Sukan dan permainan Majlis Tertinggi Pelatih akan menganjurkan satu kejohanan futsal untuk para pelatih KPP Seremban bagi sesi Januari-Jun 2012.

       Ketua Projek bagi pertandingan ini ialah Mohamad Izzani shari dari kumpulan 79 dan dibantu oleh Muhammad Zulfadhli bin Razali dari kumpulan 78 selaku Pengerusi Kelab Futsal.Di sini disertakan poster bagi pertandingan futsal terbuka pada kali ini.



          Diharap semua pihak dapat memeriahkan lagi suasana pada 19 febuari ini.Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini boleh berhubung terus kepada saudara Izzani di nombor seperti yang tertera di dalam poster di atas.

-Sedia membantu-

10 Feb 2012

Ceramah:Cara mendapatkan ilmu yang berkat,bermanfaat dan berkekalan

          Alhamdulillah pada petang 10 febuari 2012 yang penuh barakah , semua para pelatih daripada semester 1 , 2 dan 3 disulami dengan sedikit ceramah yang disampaikan oleh USTAZ MOHD MUHSINUL NIDZAM BIN ABDULLAH yang bertugas di IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Topik yang dikupas bertajuk Cara mendapatkan ilmu yang berkat, bermanfaat dan berkekalan. Ceramah ini di anjurkan oleh biro agama dan kerohanian dan dikendalikan oleh pelatih kumpulan 80.



          Sebelum ceramah bermula majlis telah diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Zulhilmi daripada Kumpulan 80. Kadangkala topik yang disampaikan nampak biasa dimata namun ia amat memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat kelak.


CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN ILMU YANG BERKAT,BERMANFAAT DAN BERKEKALAN.

ustaz MuhsinulNidzam

ILMU - mengetahui, mengenali, memahami, mengenalpasti dan menyakini (bahasa) , suatu kebenaran yang sampai ke hati manusia melalui kajian , pemerhatian , bacaan dan sebagainya sehingga dapat menimbulkan keyakinan dan keimanan (istilah)


Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah membolehkan kita sebagai manusia untuk membezakan sesuatu samada baik ataupun buruk.Meningkatkan darjat seseorang dalam kalangan masyarakat dan mendapat pahala jika tepat dan betul setiap cara pelaksanaannya.Keperibadian dan akhlak mulia juga dapat dibentuk jika kita mempunyai ilmu


Pembahagian ilmu terbahagi kepada dua:


1.ILMU FARDHU AIN yang wajib keatas semua orang Islam mempelajarinya dan mengamalkannya seperti contoh ilmu tauhid,ilmu ibadah dan sebagainya


2.ILMU FARDHU KIFAYAH iaitu ilmu yang berkaitan hubungan dengan sesama makhluk seperti mempelajari ilmu sains dan sejarah.


Terdapat banyak jalan untuk mendapatkan keberkatan ilmu antaranya ialah:
  • Ikhlas kerana Allah
  • Berusaha untuk mendapatkan taufik dan hidayah
  • Mencintai ilmu
Tanda ilmu yang bermanfaat dan berkekalan ialah:
  • Tuntut ilmu kerana Allah
  • Azam beramal kepada Allah
  • Menyeru kepada kebaikan
  • Model kebaikan contohnya Rasulullah s.w.t
  • Akhlak yang terpuji-pokok yang subur dan berbuah lebat berzat dan berkat
  • Doa dan hidayah serta istiqamah

Ilmu asas kejayaan.

          Ingatlah musuh utama orang Islam ialah Yahudi yang sentiasa berusaha bersunguh-sungguh agar tak lahir lagi Ibnu Sina , Alfarabi yang lain yang mampu mentadbir negara kelak. Kesimulannya kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus berlumba untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

          Pelatih telah memberikan komitmen penuh sepanjang program dijalankan. Di harap ceramag agama pada masa akan datang akan meninggalkan impak yang lebih besar kepada pelatih-pelatih


          Seterusnya pengacara majlis iaitu saudara Mohd Ashraf Al-Amin dan saudari Siti Ammalina sempurna menamatkan majlis dengan tasbih kifarah.Tahniah kepada kumpulan 2 dari Kumpulan 80 dalam menguruskan majlis ini.


-Sedia membantu-

5 Feb 2012

Pemberitahuan:Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul

          Dimaklumkan kepada semua warga Kolej Pembantu Perubatan Seremban bahawa akan diadakan Pertandingan Nasyid sempena Maulidur Rasul tidak lama lagi. Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Biro kebudayaan dengan kerjasama biro kerohanian.

        Pertandingan ini akan diadakan pada 15 haribulan Febuari 2012 (rabu) di Auditorium perdana KPP Seremban. Majlis akan di mulakan tepat pada pukul 8.30 malam.

        Antara objektif utama biro kebudayaan dalam menjayakan Progam pada kali ini adalah untuk:
  • Memupuk semangat cintakan Rasulullah dalam kalangan pelatih
  • Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta
  • Mencungkil bakat peserta dalam bidang nasyid
  • Mencari bakat baru untuk mewakili kolej dalam pertandingan nasyid
                                Berikut disertakan poster bagi pertandingan ini.

          Sebarang pertanyaan atau penyertaan untuk program ini anda boleh menghubungi terus saudara hairil Fahmi selaku Exco tertinggi biro kebudayaan di nombor 014-8016955. Diharap pelatih dapat memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan kali ini.

         Penglibatan dari pelatih kumpulan 75 , 76 dan 77 amat di alu-alu kan.Semua warga kolej dijemput hadir bagi menjayakan program kali ini.


-sedia membantu-