20 Feb 2012

Program Sesama Sayang anjuran HTJ

           Pada 16 febuari 2012 pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah menganjurkan satu program yang dinamakan "Sesama Sayang". Program ini kerap kali diadakan dengan tujuan menghiburkan para pesakit yang telah lama di wad dan meraikan hari lahir pesakit.


          Program Sesama sayang pada kali ini lebih meriah apabila Radio Malaysia Negeri FM dan pelatih-pelatih dari KPP Seremban turut diundang bagi membuat persembahan. Pelatih dari kumpulan 80 diberi kepercayaan untuk menghiburkan para pesakit yang akan draikan.Program pada petang itu diacarakan oleh Encik Engku Nazri dan wakil dari KPPS Mohd Nur Hakim.

                      
        Majlis pada petang itu dimulakan tepat pada pukul 2.45 petang apabila kesemua pesakit yang diraikan tiba. Ramai staf dan kakitangan hospital sanggup meluangkan masa bagi memeriahkan majlis. Antara persembahan yang disajikan oleh pelatih dari kumpulan 80 ialah persembahan nyanyian oleh Mohd Izzat Farhan yang mendendangkan lagu bertajuk sedetik lebih, Tarian Klasikal India oleh Keshavan, Persembahan zapin johor yang diketuai oleh Aisyah Azman dan Tarian Bollywood yang diketuai oleh Nanthini Kumari.


        Majlis pada petang itu bertambah meriah dengan adanya penyampai radio Negeri FM yang mengacarakan slot kuiz dan permainan bersama pesakit dan penonton.Kesemua pesakit tampak gembira dan dapat melupakan seketika masalah penyakit yang dihidapi sewaktu majlis dijalankan.

       Di penghujung majlis kesemua pesakit dijemput naik ke atas pentas untuk aktiviti memotong kek sempena hari lahir. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada wakil KPP Seremban Puan NorHasimah.


            Program seperti ini harus diteruskan dan patut dicontohi oleh pelbagai pihak.program seperti ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan hiburan untuk pesakit yang telah lama menetap di Hospital.

1 comment:

Unknown said...

find out dolabuy.co you could try these out aaa replica bags find more info click here now