22 Feb 2012

KPP Seremban ke Majlis sukan Kolej Kejururawatan Melaka

            


            Pada 18 febuari 2012 yang lalu KPP Seremban telah diundang oleh pihak Kolej Kejururawatan Melaka untuk menyertai Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka. KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan acara dan dalam masa yang sama diundang untuk menyertai beberapa acara khas bagi kategori Kolej jemputan. Program ini telah diadakan di padang Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.


         Seramai 23 pelatih KPP Seremban yang terdiri daripada peserta aktiviti sukan dan para penyokong menyertai aktiviti ini. Para pelatih diiringi Setiausaha Kokurikulum iaitu Encik Isahari bin Smile.

        Aktiviti tampak meriah bermula dengan perasmian dan perbarisan.Antara kolej yang turut diundang bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka ini ialah Kolej Kejururawatan Kuala Pilah,Kolej Kejururawatan Muar dan Kolej Sains Kesihatan Johor Bahru.

Para penyokong dari KPP Seremban dan Kolej kejururawatan Muar

        Aturcara majlis berjalan lancar dan teratur.Kesemua atlet dari Kolej kejururawatan Melaka tampak hebat dan berbakat. Para penyokong dari KPP Seremban tidak putus menyokong kumpulan yang masuk bertanding. 

        Hari sukan pada hari itu di meriahkan lagi apabila tiba acara untuk kolej jemputan bermula.KPP Seremban menghantar wakil untuk 3 acara yang dipertandingkan.Berikut adalah nama peserta yang mengambil bahagian:

  1. Rafail bin Dapat : 4x100 & 4x200
  2. Syed Muhamad Farid :4x100 & 4x200
  3. Muhamad Usaidillah : 4x100 & 4x200
  4. Khairul Fahmi bin Razali : 4x100
  5. Muhamad Asyraf Afif : 4x200
  6. Faizul Azim : 4x400
  7. Bourniface anak Louison : 4x400
  8. Chew Hoon Chong : 4x400
  9. Herjenie Rubin : 4x400


                                                      
          KPP Seremban berjaya memungut pingat emas bagi acara 4x100 dan 4x200 manakala pingat gangsa bagi acara 4x400. Antara acara yang dianjurkan ialah acara tarik tali terbuka kepada semua pelatih mahupun pengiring.

Kemeriahan Hari Sukan 
           Akhirnya majlis berakhir pada pukul 3 petang selepas upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Melaka. Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberi komitmen yang baik. Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam kalangan pelatih tidak luntur.

No comments: