Ucapan YDP

Assalamualaikum warahmatullahi
Wabarakatuh dan salam sejahtera.


  Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat limpah kurnianya blog MTP Kolej Pembantu Perubatan Seremban pada sesi 2011/2012 telah berjaya disiapkan oleh ahli-ahli MTP dan jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat.Dengan adanya blog sebegini,ia menjadi amat bernilai kerana segala aktiviti yang dijalankan di Kolej Pembantu Perubatan Seremban akan dapat didokumentasikan di blog ini.

        Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas penghormatan yang telah diberikan kepada saya untuk mengetuai barisan jentera Majlis Tertinggi Pelatih dan selaku yang Dipertua Pelatih pada sesi 2011/2012.Ini adalah merupakan satu amanah yang amat besar bagi diri saya,namun saya percaya bahawa setiap insan ialah pemimpin yang akan memimpin diri sendiri dan mampu memimpin orang lain juga.Sifat kepimpinan ini juga tidak akan muncul dalam diri seseorang jika tidak diasah dari awal lagi.Selain itu,memegang jawatan selaku ketua ini bukanlah perkara yang mudah,lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kemelut-kemelut yang melanda di kolej kita.Walaubagaimanapun,saya percaya bahawa perkara ini mampu mengajar saya supaya tidak mudah mengalah dan dapat membentuk diri supaya menjadi lebih bersedia dalam menghadapi liku-liku hidup duniawi yang penuh pancaroba ini.

        Justeru itu,kita sebagai insan yang berfikiran kritis dan analitikal perlulah bijak dalam mengatasi dan mengawal kemelut-kemelut yang akan berlaku.Dalam erti kata lain,jangan bongkak dengan kejayaan yang diperolehi nescaya pucuk itu akan patah.Oleh itu,marilah kita sama-sama mengingati bahawa pengajar-pengajar di kolej ini juga memainkan peranan yang penting sebagai pemangkin dalam setiap kejayaan yang kita perolehi.

Selaku ketua pelatih di Kolej Pembantu Perubatan Seremban ini,saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pengajar-pengajar yang berusaha mendidik para pelatih dalam jurusan Penolong Pegawai Perubatan ini.Selain itu, jutaan terima kasih juga yang tak terhingga kepada rakan-rakan pelatih kerana memilih kami ahli-ahli MTP untuk menjadi orang tengah dalam mengemukakan cadangan-cadangan bagi pihak para pelatih.

        Akhir kalam,terima kasih kepada tuan pengarah, En.Amir Nurdin B Harun, penasihat MTP Encik Hamzah bin Yan dan semua barisan-barisan pengajar serta rakan seperjuangan sekalian yang telah berusaha untuk menaikkan nama Kolej Pembantu Perubatan Seremban.Secara peribadi,saya memohon maaf di atas segala kesulitan yang telah saya lakukan.

“Bangun tidak bermaksud berjaya,jatuh tidak bermakna gagal kerana keredhaan ALLAH kunci kejayaan”

YDP KPPS
Ahmad Haris Rafizi B Ariffin