10 Jul 2012

Penutupan Orentasi K81

Pada 6 Julai 2012 yang lalu telah diadakan satu majlis penutupan Orentasi bagi pelatih kumpulan 81 . Untuk pengetahuan semua pelatih, seramai 74 pelatih telah mendaftar pada 2 Julai yang lepas. Pelatih-pelatih yang datang mendaftar terdiri daripada 40 pelatih lelaki dan 34 pelatih perempuan. Puan V. Moganambal telah dipiih sebagai penyelaras bagi kumpulan 81.



       Sepanjang orentasi yang bermula pada 2 julai yang lalu, pelbagai aktiviti telah dijalankan di bawah kendalian Exco tertinggi pelatih  dan barisan Fasilitator.Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat mingguan haluan pelatih, sesi suai kenal pelatih bersama para pengajar dan penyelaras, latihan nyanyian, taklimat kokurikulum, persediaan persembahan, lawatan ke Hospital Tuanku Jaafar dan pelbagai aktiviti telah dijalankan. Kesemua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelatih baru tentang profesion Seorang pembantu perubatan sekaligus dapat memberi peluang kepada para pelatih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.                                                                             



 Program orentasi selama kurang seminggu ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dikendalikan sepenuhnya oleh para pelatih k81 pada malam 6 julai yang lalu. Program penutupan orentasi dimulakan tepat jam 8 malam dan berakhir pada 10 malam. . Tuan Pengarah En Amir Nurdin bin Harun telah dijemput bagi merasmikan penutupan program orentasi kumpulan 81 pada malam itu. Kesemua pelatih dari semester 1 hingga semester 6 dijemput bagi menyaksikan persembahan yang telah disajikan. Antara persembahan yang ada ialah senam aerobik, Tarian Hakka, inang, persembahan pentoman, nyanyian dan lain-lain lagi. Majlis pada malam itu berjalan dalam suasana yang meriah. Kesemua penonton memberi respon yang baik .
        
 

        Diharap pelatih kumpulan 81 dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek samada dari segi pembelajaran mahupun persekitaran.

BARISAN FASILITATOR

KETUA
MUHAMMAD FAIZAL BIN ANUAR (BPP2011-0658):


KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
MUHAMMAD ZAINURIN BIN HAMZAH  (BAPPUK2002-2232):
NURUL ZULAIKHA BINTI ZAKARI (BPP2011-6021):

PERSEGARAN
NUR SUZILA HANIM BINTI MOHD SYAFIEE (BPP2011-6014):
ANDY TAN CHOON SEAN (BPP2011-0603):


SUKAN DAN RIADAH
MUHAMAD SYAZWAN BIN KHAWAILID (BPP2011-0647):
KAPILAN ARUMUGAM A/L ARUMUGAM (BPP2011-0621)


KEBUDAYAAN DAN AUDIO
FAIZ HAKIMI BIN AHMAD SEFARI (BPP2011-0614):
MUHAMMAD FAIZAL BIN ANUAR (BPP2011-0658):


KEROHANIAN
AMIRUDDIN HAKIM BIN RAMLI (BPP2011-0600)
ADINA SYAMIZA BINTI ABU ZAKI (BPP2011-5952)



Info K81:
Penyelaras : Puan V. Moganathan a/p Vadivelu.
Penghulu: Mohd Adnin Naim bin Muhammad yusof.
Penghuluwati : Nur Saleha binti Azmi

3 May 2012

JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MEMBUDAYAKAN CARA HIDUP SIHAT PELATIH ILKMM 2012 DI KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH

     Pada 28 April 2012 seramai 80 pelatih KPP Seremban telah melibatkan diri dalam aktiviti pelancaran Kempen gaya hidup sihat yang diadakan di kolej Kejururawatan Kuala Pilah.Buat pertama kalinya 4 buah kolej telah berkerjasama untuk menjayakan program pada hari itu. Antara kolej yang terlibat dalam penganjuran ialah Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Kolej kejururawatan Melaka, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson dan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Antara objektif khusus program ialah:
  • Menyedarkan pelatih tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Menggalakkan amalan cara hidup sihat berterusan untuk mencegah penyakit tidak berjamngkit.
  • Membimbing pelatih dalam mengamalkan cara hidup sihat yang betul.
  • Membentuk pelatih sebagai agen perubahan terhadap kempen cara hidup sihat KKM.


      Pada pukul 8 pagi telah dimulakan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh staf-staf dan pelatih Kolej jururawat masyarakat Port Dickson. Permulaan aktiviti yang baik ini diteruskan lagi dengan pelbagai acara yang dijalankan antaranya Permainan Roda kesihatan yang dikendalikan oleh Kolej Pembantu Perubatan Seremban,Pameriksaan Kesihatan oleh Kolej Kejururawatan Melaka, Jualan makanan oleh Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan lain-lain lagi. Terdapat juga pelbagai pameran kesihatan yang disediakan untuk menambah pengetahuan pelatih dan staf.

Dato Abu Bakar Bin Othman mencuba sajian yang dihidangkan..
     Kesemua yang hadir dijemput ke Dewan Perdana sejurus YBHG Dato' Abu Bakar Bin Othman Setiausaha bahagian BPL tiba.Ucapan alu-aluan oleh Tuan pengarah KKKP Pn Goh Mooi Tin merangkap pengerusi program pada hari itu sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada pelatih tentang budaya gaya hidup sihat yang betul.


     Aktiviti dalam dewan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah choral speaking,senamrobik dan koir. Dan buat pertama kalinya Kolej Kejururawatan  Kuala pilah telah menganjurkan pertandingan memasak gaya hidup sihat dan Pelatih lelaki dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban tidak terkecuali dalam pertandingan ini. Kesemua chef dari ke semua kolej tampak hebat mempersembahkan sajian masing-masing tetapi kehebatan skill masakan chef Asrul Rahimi dan chef Syed Bakhtiar tidak dapat dinafikan lagi sekaligus mengangkat mereka sebagai pemenag pertandingan memasak pada hari itu.

Pemenang pertandingan memasak anjuran Kolej Kejururawatan Kuala Pilah
     Program Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat ILKKM pada hari itu telah dirasmikan oleh  YBHG Dato' Abu Bakar bin Othman setiausaha bahagian BPL. YBHG Dato' Abu Bakar sangat berbesar hati kerana dijemput pada program hari itu. Beliau berharap program gaya hidup sihat haruslah dijadikan amalam secara berterusan demi melahirkan kakitangan kesihatan yang layak untuk bercakap tentang kesihatan.

15 Apr 2012

Walkhaton 10,000 langkah

          Pada 7 April yang lalu pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menganjurkan satu program dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pelatih.Program yang dinamakan Kempen Gaya Hidup Sihat ini bertujuan untuk menggalakkan para pelatih dan semua warga kolej mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian masing-masing. Program kali ini telah disertai oleh 30 pelatih dan 8 tenaga pengajar dari Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.




          Kesemua yang terlibat perlu berjalan mengelilingi kolej sebanyak 3 pusingan sebelum menamatkan cabaran walkhatopn berjalan 10,000 langkah. Kick start dimulakan tepat pukul 7.15 pagi.


         Terdapat beberapa kategori telah dibahagikan antaranya ialah kategori untuk :
  1. Tenaga pengajar dan staff-staff kolej
  2. Lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan tidak ideal 
  3. Kategori lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan ideal
         50 peserta terawal bagi kategori lelaki dan 20 peserta bagi kategori perempuan akan menerima hadiah dari pihak penganjur.


          Kesemua pihak yang terlibat dijemput hadir ke Auditorium KPPS selepas berakhir cabaran Walkhaton berjalan 10,000 langkah bagi sesi pelancaran program penutupan Program Hidup Sihat yang disempurnakan oleh En. Nanthakumaran A/L Manikam Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan. Suasana pada majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan dari pelatih Kolej Pembantu Perubatan Seremban dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah. Persembahan Zapin,choral Speaking,teater dan tarian klasik india antara yang mendapat perhatian pada hari tersebut.



         Secara natijahnya,Program pada kali ini menjadi titik peningkatan kesedaran bagi semua yang terlibat dalam terus meningkatkan kualiti kesihatan sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
        
-Kami Sedia Membantu-

5 Apr 2012

Pemberitahuan : Walkhaton 10,0000 langkah


          Pemberitahuan kepada semua pelatih KPP Seremban.Pada Hari Sabtu 14 April 2012 akan diadakan satu program Walkhaton 10,000 langkah anjuran Pihak Kolej pembantu Perubatan Seremban dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pelatih KPP Seremban.Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan kita iaitu pelatih-pelatih dari Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.

          Pendaftaran akan bermula pada 7.15 pagi. Aktiviti kali ini diwajibkan kepada semua pelatih semester 1,2, dan 3. Antara aktiviti lain yang akan dijalankan ialah coral speaking,tarian zapin,teater dan koir dari pelatih KPPS dan KKKP.

         Diharap semua pelatih semester 1,2 dan 3 dapat melibatkan diri dan memberi komitmen penuh dalam menjayakan aktiviti walkhaton 10,000 langkah pada sabtu ini.

-Sedia membantu-

11 Mar 2012

Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat KPPS


          Pada 1 Mac 2012,pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menganjurkan satu Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat kolej.Objektif utama dalam mengadakan program ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat yang ada pada diri pelatih dalam membaca Al-Quran secara bertaranum.Pertandingan kali ini telah disertai oleh 10 orang pelatih yang merupakan wakil daripada sem 1,2 dan 3.


          Aturcara majlis pada hari itu bermula dengan solat maghrib secara berjemaah.Kesemua pelatih daripada sem 1 , 2 dan 3 wajib menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh pihak Biro Kerohanian ini.






          Selesai itu,majlis tilawah Al-Quran telah bermula dengan dipengerusikan oleh saudara Luqman bin Taher daripada kumpulan 79.Ustaz Mohd Muhsinul Nidzam Bin Abdullah telah dijemput sebagai juri jemputan pada malam itu.Para peserta yang bertanding diberi tempoh masa selama 10 minit setiap seorang.


saudara mukhlis pemenang tempat pertama
          Majlis berjalan dengan lancar.Setelah selesai kesemua sepuluh peserta mempersembahkan bacaan , Juri jemputan mengambil masa bagi menentukan pemenang bagi pertandingan ini.


Berikut adalah keputusan bagi pertandingan tilawah:
Johan:Mohd Mukhlis kumpulan 78
Naib Johan: Zulhelmi Ashraf kumpulan 80
Tempat ketiga:Muhamad sallehudin kumpulan 78




Majlis berakhir dengan sedikit jamuan ringan.Majlis bersurai

29 Feb 2012

Perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar

  
Pada 25 Februari yang lalu.KPP Seremban telah menghantar wakil sebanyak 2 buah bas untuk menyertai perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar.Pihak KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan lagi majlis disamping mengambil bahagian di dalam beberapa sukan seperti futsal,bola tampar,ping pong,badminton dan bola jaring.Program ini telah disertai oleh beberapa kolej lain antaranya ialah KJM Kluang,KK Muar,KK Kuala Pilah,KK Melaka,KK Segamat,KK Batu Pahat dan KSKB Johor Bahru.



Para pelatih KPP Seremban yang menyertai program ini mula bertolak dari kolej seawal jam 6 pagi.Kira-kira jam 9 pagi kami selamat sampai.Suasana di KK Muar kelihatan sungguh meriah dengan wakil wakil dari kolej yang lain.

Kesemua peserta yang terlibat berkumpul di perkarangan KK Muar sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut acara yang disertai.Setiap perlawanan diadakan di kawasan yang berbeza dan turut diadakan di luar kawasan koleh.Bas turut disediakan untuk memudahkan setiap peserta ke tempat perlawanan.




Aturcara majlis berjalan lancar.Kesemua atlet tampak hebat dan bertenaga untuk bertanding antara kolej kolej yang lain.




KPP Seremban berjaya menjadi naib johan dan tempat ketiga bagi sukan futsal mengalahkan kolej kolej yang lain.

Akhirnya majlis berakhir pada pukul 5 petang selepas penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Muar.Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberikan komitmen yang baik.Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam diri para pelatih tidak luntur


-Kami Sedia Membantu-





 

26 Feb 2012

CERAMAH AGAMA:SEDEKAH

           Pada 24 Februari 2012 sekali lagi slot ceramah agama telah dijalankan pada petang jumaat.Kali ini tema yang dibawakan oleh Ustaz Hj Affandy bin Mat Nor ialah berkaitan dengan SEDEKAH.Seperti mana yang kita ketahui sedekah adalah amalan yang amat digalakkan dalam agama Islam.Hal ini kerana bersedekah terutamanya kepada yang memerlukan sangatlah bersifat mulia dimata Allah.

           Slot pada petang yang penuh barakah itu telah dimulai dengan bacaan doa oleh saudara Munir bin Abd Halek daripada Kumpulan 78.Selepas itu bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Amiruddin dan bacaan tafsir oleh saudara Ibrahim bin Isa .

            Konsep sedekah dalam Islam telah diketengahkan oleh penceramah jemputan. Sedekah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'sadaqa' yang bererti benar.Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya namun dari segi terminologi syariat pula,pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

                                         

          Sesungguhnya tangan yang memberi sedekah itu lebih baik daripada tangan yang menerima dan bersedekahlah kamu walaupun dengan sebijik kurma Insyaallah kamu akan diberkati olehNya

          Sedekah ialah satu pemberian ikhlas samada benda itu merupakan sesuatu yang kita sayangi ataupun tidak.Namun yang menjadi asas utama adalah melalui keikhlasan.Maknanya kita tidak memikirkan dan mengharapkan sebarang balasan apabila bersedekah,Sedekah ini juga lebih merujuk kepada pemberian terutamanya seperti barang makanan.Wakaf pula ialah pembelian barangan untuk kegunaan masjid,surau,rumah anak yatim dan sebagainya.

                           
MAKSUDNYA:
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “.


Antara kelebihan yang akan diperolehi apabila amalan sedekah dilakukan ialah
  • dipanjangkan umur
  • mencegah ajal yang buruk
  • menghapuskan sikap sombong dan bangga diri
  • menolak bala
Menurut hadis riwayat Al-Baihaqi bersabda:
"Segerakanlah kamu bersedekah,kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah"


           Seterusnya slot pada petang itu tidak berakhir begitu sahaja.Ini adalah kerana sesi soal jawab telah dibuka dalam kalangan para pelatih bagi menjawab sebarang soalan yang mungkin menjadi kemushkilan di dalam diri.Antara soalan yang diperkatakan adalah:

1) Senyum itu satu sedekah.Adakah seorang perempuan boleh senyuman kepada lelaki dan sebaliknya?
  Ya,situasi ini boleh berlaku tetapi dengan niat dihati senyuman sekadar sebagai seorang kawan dan niat kerana Allah serta tidak menjurus kepada sebarang perzinaan

2)Yang manakah yang lebih baik antara orang kaya yang bersedekah dengan orang miskin yang bersyukur?
Yang lebih baik adalah orang kaya yang bersedekah kerana orang miskin itu tadi menerima manfaat daripada yang kaya.

25 Feb 2012

Pertandingan Futsal KPP Seremban

               Pertandingan Futsal yang dianjurkan oleh biro sukan dan kelab futsal pada 19 febuari 2012 yang lalu telah mendapat sambutan hangat daripada setiap semester. Pertandingan kali ini telah diadakan di Pusat Futsal Public Star Seremban. Pertandingan yang dijalankan terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Sebanyak 16 kumpulan bagi kategori lelaki dan hanya 3 kumpulan bagi kategori perempuan menyertai pertandingan kali ini. 


            Dua pasukan yang memungut mata tertinggi dalam setiap kumpulan akan mara ke pusingan Kalah mati.


KUMPULAN A
Ranggo FC dan Kucing Janda layak ke pusingan seterusya.
Pantai Timur gagal meneruskan kemaraa apabila tewas jarinngan melalu jumlah jaringan gol
KUMPULAN B
TANGGO FC dan PLUS FC mara ke pusingan kalah mati
KUMPULAN C
PRO GOAL dan SEM 4 mara ke pusingan kalah mati.
KUMPULAN D
BOLOX SEROX FC dan LIPAN BARA FC mara kepusingan kalah mati


            Pertandingan mula hangat dengan sorakan apabila para pemain mula menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menggelecek dan mengawal bola.Aktiviti ini terbukti berjaya melahirkan dan mengetengahkan bakat-bakat dalam permainan futsal.


          Sorotan sepanjang perlawanan sampai ke kemuncak apabila dua pasukan melayakkan diri ke pusingan akhir.Perlawanan akhir antara pasukan Ranggo FC dan Tanggo FC berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.




       Pertandingan akhir antara dua pasukan hebat itu berakhir dengan kemenangan mutlak pasukan Tanggo FC menewaskan Ranggo FC dengan 2 gol tidak berbalas dalam masa tambahan. 


JUARA PERTANDINGAN FUTSAL KPPS
TANGGO FC

NAIB JUARA PERTANDINGAN FUTSAL KPPS
RANGGO FC

Finalis Pertandingan kategori lelaki

                 Ketiga-tiga pasukan dari kategori perempuan juga tidak kurang hebatnya.Dan 80 girls Team A telah memenangi tempat pertama dalam kategori perempuan apabila berjaya menewaskan 2 pasukan lain yang bertanding. 
     
                             
Juara pertandingan futsal kategori perempuan.

            Secara keseluruhan pertandingan berjalan lancar dan segala objektif pertandingan tercapai.Di harap pertandingan seperti ini dapat di teruskan dari masa ke semasa demi memastikan minat untuk bersukan dalam kalangan pelatih tidak pernah luntur.


-sedia membantu-

22 Feb 2012

KPP Seremban ke Majlis sukan Kolej Kejururawatan Melaka

            


            Pada 18 febuari 2012 yang lalu KPP Seremban telah diundang oleh pihak Kolej Kejururawatan Melaka untuk menyertai Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka. KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan acara dan dalam masa yang sama diundang untuk menyertai beberapa acara khas bagi kategori Kolej jemputan. Program ini telah diadakan di padang Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka.


         Seramai 23 pelatih KPP Seremban yang terdiri daripada peserta aktiviti sukan dan para penyokong menyertai aktiviti ini. Para pelatih diiringi Setiausaha Kokurikulum iaitu Encik Isahari bin Smile.

        Aktiviti tampak meriah bermula dengan perasmian dan perbarisan.Antara kolej yang turut diundang bagi memeriahkan lagi Hari Sukan Kolej Kejururawatan Melaka ini ialah Kolej Kejururawatan Kuala Pilah,Kolej Kejururawatan Muar dan Kolej Sains Kesihatan Johor Bahru.

Para penyokong dari KPP Seremban dan Kolej kejururawatan Muar

        Aturcara majlis berjalan lancar dan teratur.Kesemua atlet dari Kolej kejururawatan Melaka tampak hebat dan berbakat. Para penyokong dari KPP Seremban tidak putus menyokong kumpulan yang masuk bertanding. 

        Hari sukan pada hari itu di meriahkan lagi apabila tiba acara untuk kolej jemputan bermula.KPP Seremban menghantar wakil untuk 3 acara yang dipertandingkan.Berikut adalah nama peserta yang mengambil bahagian:

  1. Rafail bin Dapat : 4x100 & 4x200
  2. Syed Muhamad Farid :4x100 & 4x200
  3. Muhamad Usaidillah : 4x100 & 4x200
  4. Khairul Fahmi bin Razali : 4x100
  5. Muhamad Asyraf Afif : 4x200
  6. Faizul Azim : 4x400
  7. Bourniface anak Louison : 4x400
  8. Chew Hoon Chong : 4x400
  9. Herjenie Rubin : 4x400


                                                      
          KPP Seremban berjaya memungut pingat emas bagi acara 4x100 dan 4x200 manakala pingat gangsa bagi acara 4x400. Antara acara yang dianjurkan ialah acara tarik tali terbuka kepada semua pelatih mahupun pengiring.

Kemeriahan Hari Sukan 
           Akhirnya majlis berakhir pada pukul 3 petang selepas upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Melaka. Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberi komitmen yang baik. Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam kalangan pelatih tidak luntur.

Majlis Maulidur Rasul HTJ

Pada 18 Februari yang lepas pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bagi mengingati tarikh kelahiran nabi kita Rasulullah S.A.W.Oleh itu,pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menghantar wakil bagi memeriahkan majlis pada hari itu.


Majlis bermula pada jam 7.30 pagi bagi aktiviti berarak beramai-ramai.Para pelatih yang terlibat berkumpul di padang tempat letak kereta sebelum perarakan bermula.Perarakan tersebut juga disertai oleh beberapa wakil dari setiap unit Hospital Tuanku Jaafar seperti Unit Kecemasan dan sebagainya.Ia bermula dari padang tempat berkumpul dan seterusnya berarak mengelilingi kawasan Hospital sambil mengalunkan selawat .


Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hazarudin.Pelbagai info menarik berkaitan dengan kelahiran nabi kita disampaikan.Para hadirin kelihatan amat khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan itu yang diselangi dengan lawak spontan oleh tuan penceramah.Penceramah juga ada menyebut tentang DUIT yang membawa maksud :


D = Doa
 U = Usaha
       I -= Istiqamah
      T = Tawakkal

Kita mestilah sentiasa berdoa kepadaNYA,berusaha bagi mendapatkan sesuatu.Istiqamah dengan setiap pekerjaan yang dilakukan dan tawakkal kepada semua perkara yang telah dilakukan.




Selepas itu,pengarah Hospital Tuanku Jaafar telah memberikan ucapan dan beberapa amanat berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul ini dan seterusnya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah bagi perarakan.Pemenang pertama dijuarai oleh Unit Jururawat.Tempat kedua pula disandang oleh Unit Jabatan Kecemasan dan Trauma dan tempat ketiga ialah dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban.Tahniah diucapkan kepada semua pelatih yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Akhir sekali majlis diakhiri dengan tasbih kifarah dan selawat ke atas Nabi Junjungan Besar,Muhammad S.A.W.Para peserta yang terlibat telah disajikan dengan sedikit jamuan ringan daripada pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

20 Feb 2012

Program Sesama Sayang anjuran HTJ

           Pada 16 febuari 2012 pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah menganjurkan satu program yang dinamakan "Sesama Sayang". Program ini kerap kali diadakan dengan tujuan menghiburkan para pesakit yang telah lama di wad dan meraikan hari lahir pesakit.


          Program Sesama sayang pada kali ini lebih meriah apabila Radio Malaysia Negeri FM dan pelatih-pelatih dari KPP Seremban turut diundang bagi membuat persembahan. Pelatih dari kumpulan 80 diberi kepercayaan untuk menghiburkan para pesakit yang akan draikan.Program pada petang itu diacarakan oleh Encik Engku Nazri dan wakil dari KPPS Mohd Nur Hakim.

                      
        Majlis pada petang itu dimulakan tepat pada pukul 2.45 petang apabila kesemua pesakit yang diraikan tiba. Ramai staf dan kakitangan hospital sanggup meluangkan masa bagi memeriahkan majlis. Antara persembahan yang disajikan oleh pelatih dari kumpulan 80 ialah persembahan nyanyian oleh Mohd Izzat Farhan yang mendendangkan lagu bertajuk sedetik lebih, Tarian Klasikal India oleh Keshavan, Persembahan zapin johor yang diketuai oleh Aisyah Azman dan Tarian Bollywood yang diketuai oleh Nanthini Kumari.


        Majlis pada petang itu bertambah meriah dengan adanya penyampai radio Negeri FM yang mengacarakan slot kuiz dan permainan bersama pesakit dan penonton.Kesemua pesakit tampak gembira dan dapat melupakan seketika masalah penyakit yang dihidapi sewaktu majlis dijalankan.

       Di penghujung majlis kesemua pesakit dijemput naik ke atas pentas untuk aktiviti memotong kek sempena hari lahir. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada wakil KPP Seremban Puan NorHasimah.


            Program seperti ini harus diteruskan dan patut dicontohi oleh pelbagai pihak.program seperti ini dapat memberi sedikit kegembiraan dan hiburan untuk pesakit yang telah lama menetap di Hospital.

Al-Bugahir Juara Pertandingan Nasyid

          
         Pada 12 febuari 2012 telah berlangsung satu pertandingan nasyid KPP Seremban anjuran biro kebudayaan dan kerohanian di auditorium perdana. Majlis yang di acarakan oleh siti Nur Amalina dan Mohd Hakimi dimulakan dengan ucapan dari Tuan Pengarah Encik Amir Nurdin bin Harun.


         Pertandingan Nasyid pada kali ini disertai oleh 8 kumpulan yang terdiri daripada pelatih-pelatih semester 1 hingga semester 3. Para pelatih dari semester 4 hingga 6 juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan-persembahan yang telah disajikan. Antara kumpulan yang dipertandingkan ialah:
  1. Al - Humaira (k79)
  2. Panggilan Hijrah (k78)
  3. Syababul Mujahidin (k80)
  4. Soutul Nisa (k80)
  5. Zaufan (k79)
  6. Berkati Kami (k78)
  7. Al - Bugahir (k78)
  8. Al - Syaba (k80)


Al - Humaira

Panggilan Hijrah

Al - Bugahir

soutul Nisa

zaufan

Al-syaba

Berkati kami

syababul mujahidin

         Juri jemputan pada malam itu terdiri daripada tenaga pengajar kolej sendiri iaitu Encik Abu Bakar bin Mad Lazi , Encik Hamzah bin Yan dan Encik Isahari bin Smile.Antara kriteria pengadilan yang diambil kira ialah tempo 45% , Vokal 40% , pakaian 5% dan persembahan 10%.

         Selepas semua kumpulan berentap mempersembahkan kebolehan dan kretiviti masing-masing dalam menyampaikan lagu akhirnya keputusan pertandingan diumumkan.

TEMPAT PERTAMA  : AL-BUGAHIR (K78)
TEMPAT KEDUA     : BERKATI KAMI (K78)
TEMPAT KETIGA     :ZAUFAN (K79)

          Auditorium Perdana KPP Seremban bergema dengan sorakan penonton apabila AL- Bugahir dinobatkan sebagai juara pada malam itu.Pihak juri berpuas hati dengan keseluruhan persembahan pada malam itu walau terdapat banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.


            Majlis pada malam itu berakhir.Program Nasyid yang dianjurkan oleh biro kebudayaan ini berakhir dengan jayanya.Ini terbukti apabila kesemua pihak memberi kerjasama yang baik.

           Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang. Menang atau kalah bukan persoalan. Kemenangan yang sebenarnya adalah apabila kesemua kumpulan berjaya menyampai kan dakwah melalui alunan nasyid indah.

-sedia membantu-