29 Feb 2012

Perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar

  
Pada 25 Februari yang lalu.KPP Seremban telah menghantar wakil sebanyak 2 buah bas untuk menyertai perlawanan Sukan Persahabatan di Kolej Kejururawatan Muar.Pihak KPP Seremban telah diundang untuk memeriahkan lagi majlis disamping mengambil bahagian di dalam beberapa sukan seperti futsal,bola tampar,ping pong,badminton dan bola jaring.Program ini telah disertai oleh beberapa kolej lain antaranya ialah KJM Kluang,KK Muar,KK Kuala Pilah,KK Melaka,KK Segamat,KK Batu Pahat dan KSKB Johor Bahru.



Para pelatih KPP Seremban yang menyertai program ini mula bertolak dari kolej seawal jam 6 pagi.Kira-kira jam 9 pagi kami selamat sampai.Suasana di KK Muar kelihatan sungguh meriah dengan wakil wakil dari kolej yang lain.

Kesemua peserta yang terlibat berkumpul di perkarangan KK Muar sebelum dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut acara yang disertai.Setiap perlawanan diadakan di kawasan yang berbeza dan turut diadakan di luar kawasan koleh.Bas turut disediakan untuk memudahkan setiap peserta ke tempat perlawanan.




Aturcara majlis berjalan lancar.Kesemua atlet tampak hebat dan bertenaga untuk bertanding antara kolej kolej yang lain.




KPP Seremban berjaya menjadi naib johan dan tempat ketiga bagi sukan futsal mengalahkan kolej kolej yang lain.

Akhirnya majlis berakhir pada pukul 5 petang selepas penyampaian hadiah kepada semua pemenang acara sukan Kolej Kejururawatan Muar.Kesemua pelatih KPP Seremban yang menyertai aktiviti hari sukan ini telah memberikan komitmen yang baik.Aktiviti yang dianjurkan seperti ini harus dicontohi oleh semua kolej demi memastikan semangat kesukanan dalam diri para pelatih tidak luntur


-Kami Sedia Membantu-





 

No comments: