16 Feb 2012

Pemberitahuan:Pertandingan Futsal KPPS

          Dimaklumkan bahawa Kelab Futsal KPP Seremban dengan usaha sama Biro Sukan dan permainan Majlis Tertinggi Pelatih akan menganjurkan satu kejohanan futsal untuk para pelatih KPP Seremban bagi sesi Januari-Jun 2012.

       Ketua Projek bagi pertandingan ini ialah Mohamad Izzani shari dari kumpulan 79 dan dibantu oleh Muhammad Zulfadhli bin Razali dari kumpulan 78 selaku Pengerusi Kelab Futsal.Di sini disertakan poster bagi pertandingan futsal terbuka pada kali ini.



          Diharap semua pihak dapat memeriahkan lagi suasana pada 19 febuari ini.Sebarang pertanyaan berkenaan pertandingan ini boleh berhubung terus kepada saudara Izzani di nombor seperti yang tertera di dalam poster di atas.

-Sedia membantu-

10 Feb 2012

Ceramah:Cara mendapatkan ilmu yang berkat,bermanfaat dan berkekalan

          Alhamdulillah pada petang 10 febuari 2012 yang penuh barakah , semua para pelatih daripada semester 1 , 2 dan 3 disulami dengan sedikit ceramah yang disampaikan oleh USTAZ MOHD MUHSINUL NIDZAM BIN ABDULLAH yang bertugas di IPG Kampus Raja Melewar Seremban. Topik yang dikupas bertajuk Cara mendapatkan ilmu yang berkat, bermanfaat dan berkekalan. Ceramah ini di anjurkan oleh biro agama dan kerohanian dan dikendalikan oleh pelatih kumpulan 80.



          Sebelum ceramah bermula majlis telah diserikan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Zulhilmi daripada Kumpulan 80. Kadangkala topik yang disampaikan nampak biasa dimata namun ia amat memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat kelak.


CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN ILMU YANG BERKAT,BERMANFAAT DAN BERKEKALAN.

ustaz MuhsinulNidzam

ILMU - mengetahui, mengenali, memahami, mengenalpasti dan menyakini (bahasa) , suatu kebenaran yang sampai ke hati manusia melalui kajian , pemerhatian , bacaan dan sebagainya sehingga dapat menimbulkan keyakinan dan keimanan (istilah)


Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah membolehkan kita sebagai manusia untuk membezakan sesuatu samada baik ataupun buruk.Meningkatkan darjat seseorang dalam kalangan masyarakat dan mendapat pahala jika tepat dan betul setiap cara pelaksanaannya.Keperibadian dan akhlak mulia juga dapat dibentuk jika kita mempunyai ilmu


Pembahagian ilmu terbahagi kepada dua:


1.ILMU FARDHU AIN yang wajib keatas semua orang Islam mempelajarinya dan mengamalkannya seperti contoh ilmu tauhid,ilmu ibadah dan sebagainya


2.ILMU FARDHU KIFAYAH iaitu ilmu yang berkaitan hubungan dengan sesama makhluk seperti mempelajari ilmu sains dan sejarah.


Terdapat banyak jalan untuk mendapatkan keberkatan ilmu antaranya ialah:
  • Ikhlas kerana Allah
  • Berusaha untuk mendapatkan taufik dan hidayah
  • Mencintai ilmu
Tanda ilmu yang bermanfaat dan berkekalan ialah:
  • Tuntut ilmu kerana Allah
  • Azam beramal kepada Allah
  • Menyeru kepada kebaikan
  • Model kebaikan contohnya Rasulullah s.w.t
  • Akhlak yang terpuji-pokok yang subur dan berbuah lebat berzat dan berkat
  • Doa dan hidayah serta istiqamah

Ilmu asas kejayaan.

          Ingatlah musuh utama orang Islam ialah Yahudi yang sentiasa berusaha bersunguh-sungguh agar tak lahir lagi Ibnu Sina , Alfarabi yang lain yang mampu mentadbir negara kelak. Kesimulannya kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus berlumba untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat.

          Pelatih telah memberikan komitmen penuh sepanjang program dijalankan. Di harap ceramag agama pada masa akan datang akan meninggalkan impak yang lebih besar kepada pelatih-pelatih


          Seterusnya pengacara majlis iaitu saudara Mohd Ashraf Al-Amin dan saudari Siti Ammalina sempurna menamatkan majlis dengan tasbih kifarah.Tahniah kepada kumpulan 2 dari Kumpulan 80 dalam menguruskan majlis ini.


-Sedia membantu-

5 Feb 2012

Pemberitahuan:Pertandingan Nasyid Maulidur Rasul

          Dimaklumkan kepada semua warga Kolej Pembantu Perubatan Seremban bahawa akan diadakan Pertandingan Nasyid sempena Maulidur Rasul tidak lama lagi. Pertandingan ini telah di anjurkan oleh Biro kebudayaan dengan kerjasama biro kerohanian.

        Pertandingan ini akan diadakan pada 15 haribulan Febuari 2012 (rabu) di Auditorium perdana KPP Seremban. Majlis akan di mulakan tepat pada pukul 8.30 malam.

        Antara objektif utama biro kebudayaan dalam menjayakan Progam pada kali ini adalah untuk:
  • Memupuk semangat cintakan Rasulullah dalam kalangan pelatih
  • Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta
  • Mencungkil bakat peserta dalam bidang nasyid
  • Mencari bakat baru untuk mewakili kolej dalam pertandingan nasyid
                                Berikut disertakan poster bagi pertandingan ini.

          Sebarang pertanyaan atau penyertaan untuk program ini anda boleh menghubungi terus saudara hairil Fahmi selaku Exco tertinggi biro kebudayaan di nombor 014-8016955. Diharap pelatih dapat memberi sokongan secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pertandingan kali ini.

         Penglibatan dari pelatih kumpulan 75 , 76 dan 77 amat di alu-alu kan.Semua warga kolej dijemput hadir bagi menjayakan program kali ini.


-sedia membantu-

18 Jan 2012

Malam Mesra k79 dan k80



          Malam mesra merupakan aktiviti yang dijalankan sekali pada setiap semester.Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan pelatih-pelatih semester 1.Malam mesra ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelatih semester 2 yang diketuai oleh Nazirul Othman selaku ketua projek. Semua pelatih KPP Seremban dijemput hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang disajikan.



          Malam mesra kali ini telah dirasmikan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Lazi selaku Timbalan pengarah akademik.Tema Hot & Glamorous telah dipilih sebagai tema rasmi pada malam itu.


          Program pada malam itu terus hangat dengan pelbagai persembahan yang dipersembahkan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Tarian India,Tarian Bollywood, dikir barat, nyanyian solo dan nyanyian akustik dari pelatih-pelatih yang berbakat besar.



          Suasana pada malam itu juga semakin hangat dengan dua pengacara yang memeriahkan suasana. Syah Aizat dan Putra banyak membantu acara kali ini bagi memastikan majlis Malam Mesra dalam suasana meriah.

          Diharap program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa demi mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama pelatih tidak kira sama ada dalam kalangan junior mahu pun senior.

-sedia membantu-

13 Jan 2012

Orentasi Kumpulan 80

              
          Program orentasi kumpulan 80 telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan ramai pengajar , tenaga Majlis Tertinggi Pelatih , Pelatih-pelatih , dan semua kakitangan KPP Seremban. Puan Maizatul Neza binti Junus telah dipilih sebagai penyelaras bagi kumpulan 80 secara rasmi.


          Program orentasi kumpulan 80 bermula sejurus pendaftaran pelatih tamat. Program orentasi ini telah dirasmikan oleh Pengarah KPP Seremban sendiri iaitu Encik Amir Nurdin bin Harun di Auditorium perdana.Untuk pengetahuan semua seramai 113 pelatih kumpulan 80 yang datang mendaftar. 69 daripada nya ialah pelatih lelaki dan 44 orang pelatih perempuan.



          Berikut adalah barisan Fasilitator yang bersama-sama menjayakan program orentasi K80 sesi Januari 2012:

Ketua Fasilitator
Mohd Azrrulnizam bin Che Yusof

keselamatan dan kebajikan
Norazura binti Samusudin
Abdul Rahman bin Abu bakar

Persegaran
Siti Zulaiha binti Afandi
Fazli bin Ahmad

Sukan dan riadah
Arif Zulfadhli bin Mohamad Rizuan

Kebudayaan dan Audio
Mohammad Azmil Hakim bin Abd wahab
Hashwin A/L Ramanujan

Kerohanian
Mohammad Al-Amin bin Mohammad Redzuan

            Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa kecil program orentasi kumpulan 80:

Penasihat
En.Hamzah bin Yan

Ketua jawatankuasa kecil
Ahmad Haris rafizi bin Ariffin

Ahli-ahli jawatankuasa 
keselamatan dan kebajikan
Mohd Hairil Fahmi bin Horsali
Muhammad Aziman bin Ahmad
Fasilitator k77

Persegaran
Siti Zulaikha binti Norli
Fasilitator k77

Sukan dan Riadah
Ahmad Haris Rafizi bin Ariffin
Mohd hairil Fahmi bin horsali
Fasilitator k77

kebudayaan dan Audio
Syah rizal bin Sait
Muhammad Aziman bin Ahmad

Fasilitator k77
kerohanian
Luqman bin Mohamad Taher
Fasilitator k77


Secara keseluruhannya Program orentasi bagi pengambilan januari 2012 yang bermula pada 3 Januari dan berakhir pada 6 Januari berjalan lancar.Kerjasama dari semua pihak amat dihargai.Di harap pelatih kumpulan 80 dapat menyesuaikan diri di KPP Seremban setelah menjalani program ini.Sekian terima kasih

~Sedia Membantu~


1 Jan 2012

Pihak yang terlibat pada hari pendaftran 3 januari 2012

           Pada 3 januari 2012 akan diadakan sesi pendaftaran pelatih baru kumpulan 80 di dataran Kolej Pembantu Perubatan Seremban.Segala persediaan untuk melancarkan hari pendaftaran dan orentasi pelatih baru telah dirangka dan telah bermula sejak 28 disember yang lepas Berikut adalah senarai pelatih yang bertanggunjawab dalam menjayakan aktiviti ini.

AJK PENDAFTARAN DAN DOKUMENTASI
Exco Tertinggi: Ahmad Haris Rafizi bin Ariffin

Fasilitator
Mohd Azrulnizam bin Che Yusof
Norazura binti Samsudin

AJK LALU LINTAS DAN TRAFIK
Exco Tertinggi: Syah Rizal bin Sait

Fasilitator
Abdul Rahman bin Abu bakar

AJK JAMUAN DAN MAKANAN
Exco Tertinggi: Siti Zulaikha bin Norli

Fasilitator
Siti Zulaiha binti Afandi
Fazli bin Ahmad

AJK PAMERAN
Exco Tertinggi : Muhammad Aziman bin Ahmad


Fasilitator
Baanupriyaa A/P Manugaran
Arif Zulfadhli bin Mohamad Rizuan

AJK PUBLISITI DAN FOTOGRAFI
Exco Tertinggi : Mohd Hairill Fahmi bin Horsali


Fasilitator
Mohammad Azmil hakim bin Abdul Wahab


AJK KHIDMAT MASYARAKAT
Fasilitator:Hashwin A/L ramanujan
Ahli skill lab kumpulan 78


AJK JUALAN
Exco Tertinggi : Siti Zulaikha binti Norli

Muhamad ilyasak bin Zulkifli
Nurul Fatihah binti Abdullah


Biro ekonomi MTP


            Kesemua AJK tertinggi dalam aktiviti pendaftaran ini akan dibantu oleh AJK kecil dari kumpulan 79 yang telah ditetapkan. Senarai nama Fasilitator dan program sepanjang orentasi akan di update pada entry akan datang.

28 Dec 2011

Organisasi MTP PPPP Sesi 2011-2012

ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PELATIH
PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN PELATIH
KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN SESI 2011-2012