18 Jan 2012

Malam Mesra k79 dan k80



          Malam mesra merupakan aktiviti yang dijalankan sekali pada setiap semester.Aktiviti ini bertujuan untuk meraikan pelatih-pelatih semester 1.Malam mesra ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelatih semester 2 yang diketuai oleh Nazirul Othman selaku ketua projek. Semua pelatih KPP Seremban dijemput hadir bagi menyaksikan pelbagai persembahan yang disajikan.



          Malam mesra kali ini telah dirasmikan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Lazi selaku Timbalan pengarah akademik.Tema Hot & Glamorous telah dipilih sebagai tema rasmi pada malam itu.


          Program pada malam itu terus hangat dengan pelbagai persembahan yang dipersembahkan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah Tarian India,Tarian Bollywood, dikir barat, nyanyian solo dan nyanyian akustik dari pelatih-pelatih yang berbakat besar.



          Suasana pada malam itu juga semakin hangat dengan dua pengacara yang memeriahkan suasana. Syah Aizat dan Putra banyak membantu acara kali ini bagi memastikan majlis Malam Mesra dalam suasana meriah.

          Diharap program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa demi mengukuhkan lagi tali persaudaraan sesama pelatih tidak kira sama ada dalam kalangan junior mahu pun senior.

-sedia membantu-

No comments: