3 May 2012

JEMPUTAN MAJLIS PELANCARAN KEMPEN MEMBUDAYAKAN CARA HIDUP SIHAT PELATIH ILKMM 2012 DI KOLEJ KEJURURAWATAN KUALA PILAH

     Pada 28 April 2012 seramai 80 pelatih KPP Seremban telah melibatkan diri dalam aktiviti pelancaran Kempen gaya hidup sihat yang diadakan di kolej Kejururawatan Kuala Pilah.Buat pertama kalinya 4 buah kolej telah berkerjasama untuk menjayakan program pada hari itu. Antara kolej yang terlibat dalam penganjuran ialah Kolej Kejururawatan Kuala Pilah, Kolej kejururawatan Melaka, Kolej Jururawat Masyarakat Port Dickson dan Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Antara objektif khusus program ialah:
  • Menyedarkan pelatih tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Menggalakkan amalan cara hidup sihat berterusan untuk mencegah penyakit tidak berjamngkit.
  • Membimbing pelatih dalam mengamalkan cara hidup sihat yang betul.
  • Membentuk pelatih sebagai agen perubahan terhadap kempen cara hidup sihat KKM.


      Pada pukul 8 pagi telah dimulakan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh staf-staf dan pelatih Kolej jururawat masyarakat Port Dickson. Permulaan aktiviti yang baik ini diteruskan lagi dengan pelbagai acara yang dijalankan antaranya Permainan Roda kesihatan yang dikendalikan oleh Kolej Pembantu Perubatan Seremban,Pameriksaan Kesihatan oleh Kolej Kejururawatan Melaka, Jualan makanan oleh Kolej Kejururawatan Kuala Pilah dan lain-lain lagi. Terdapat juga pelbagai pameran kesihatan yang disediakan untuk menambah pengetahuan pelatih dan staf.

Dato Abu Bakar Bin Othman mencuba sajian yang dihidangkan..
     Kesemua yang hadir dijemput ke Dewan Perdana sejurus YBHG Dato' Abu Bakar Bin Othman Setiausaha bahagian BPL tiba.Ucapan alu-aluan oleh Tuan pengarah KKKP Pn Goh Mooi Tin merangkap pengerusi program pada hari itu sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada pelatih tentang budaya gaya hidup sihat yang betul.


     Aktiviti dalam dewan dimeriahkan lagi dengan pelbagai persembahan. Antara persembahan yang dipersembahkan ialah choral speaking,senamrobik dan koir. Dan buat pertama kalinya Kolej Kejururawatan  Kuala pilah telah menganjurkan pertandingan memasak gaya hidup sihat dan Pelatih lelaki dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban tidak terkecuali dalam pertandingan ini. Kesemua chef dari ke semua kolej tampak hebat mempersembahkan sajian masing-masing tetapi kehebatan skill masakan chef Asrul Rahimi dan chef Syed Bakhtiar tidak dapat dinafikan lagi sekaligus mengangkat mereka sebagai pemenag pertandingan memasak pada hari itu.

Pemenang pertandingan memasak anjuran Kolej Kejururawatan Kuala Pilah
     Program Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat ILKKM pada hari itu telah dirasmikan oleh  YBHG Dato' Abu Bakar bin Othman setiausaha bahagian BPL. YBHG Dato' Abu Bakar sangat berbesar hati kerana dijemput pada program hari itu. Beliau berharap program gaya hidup sihat haruslah dijadikan amalam secara berterusan demi melahirkan kakitangan kesihatan yang layak untuk bercakap tentang kesihatan.