Pada 18 Februari yang lepas pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul bagi mengingati tarikh kelahiran nabi kita Rasulullah S.A.W.Oleh itu,pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menghantar wakil bagi memeriahkan majlis pada hari itu.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi bagi aktiviti berarak beramai-ramai.Para pelatih yang terlibat berkumpul di padang tempat letak kereta sebelum perarakan bermula.Perarakan tersebut juga disertai oleh beberapa wakil dari setiap unit Hospital Tuanku Jaafar seperti Unit Kecemasan dan sebagainya.Ia bermula dari padang tempat berkumpul dan seterusnya berarak mengelilingi kawasan Hospital sambil mengalunkan selawat .
Majlis diteruskan lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hazarudin.Pelbagai info menarik berkaitan dengan kelahiran nabi kita disampaikan.Para hadirin kelihatan amat khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan itu yang diselangi dengan lawak spontan oleh tuan penceramah.Penceramah juga ada menyebut tentang DUIT yang membawa maksud :
D = Doa
U = Usaha
I -= Istiqamah
T = Tawakkal
Kita mestilah sentiasa berdoa kepadaNYA,berusaha bagi mendapatkan sesuatu.Istiqamah dengan setiap pekerjaan yang dilakukan dan tawakkal kepada semua perkara yang telah dilakukan.
Selepas itu,pengarah Hospital Tuanku Jaafar telah memberikan ucapan dan beberapa amanat berkaitan dengan sambutan Maulidur Rasul ini dan seterusnya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah bagi perarakan.Pemenang pertama dijuarai oleh Unit Jururawat.Tempat kedua pula disandang oleh Unit Jabatan Kecemasan dan Trauma dan tempat ketiga ialah dari Kolej Pembantu Perubatan Seremban.Tahniah diucapkan kepada semua pelatih yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment