Kesemua yang terlibat perlu berjalan mengelilingi kolej sebanyak 3 pusingan sebelum menamatkan cabaran walkhatopn berjalan 10,000 langkah. Kick start dimulakan tepat pukul 7.15 pagi.
Terdapat beberapa kategori telah dibahagikan antaranya ialah kategori untuk :
- Tenaga pengajar dan staff-staff kolej
- Lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan tidak ideal
- Kategori lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan ideal
Kesemua pihak yang terlibat dijemput hadir ke Auditorium KPPS selepas berakhir cabaran Walkhaton berjalan 10,000 langkah bagi sesi pelancaran program penutupan Program Hidup Sihat yang disempurnakan oleh En. Nanthakumaran A/L Manikam Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan. Suasana pada majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan dari pelatih Kolej Pembantu Perubatan Seremban dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah. Persembahan Zapin,choral Speaking,teater dan tarian klasik india antara yang mendapat perhatian pada hari tersebut.
Secara natijahnya,Program pada kali ini menjadi titik peningkatan kesedaran bagi semua yang terlibat dalam terus meningkatkan kualiti kesihatan sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
-Kami Sedia Membantu-