15 Apr 2012

Walkhaton 10,000 langkah

          Pada 7 April yang lalu pihak Kolej Pembantu Perubatan Seremban telah menganjurkan satu program dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pelatih.Program yang dinamakan Kempen Gaya Hidup Sihat ini bertujuan untuk menggalakkan para pelatih dan semua warga kolej mengamalkan cara hidup sihat dalam kehidupan seharian masing-masing. Program kali ini telah disertai oleh 30 pelatih dan 8 tenaga pengajar dari Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.




          Kesemua yang terlibat perlu berjalan mengelilingi kolej sebanyak 3 pusingan sebelum menamatkan cabaran walkhatopn berjalan 10,000 langkah. Kick start dimulakan tepat pukul 7.15 pagi.


         Terdapat beberapa kategori telah dibahagikan antaranya ialah kategori untuk :
  1. Tenaga pengajar dan staff-staff kolej
  2. Lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan tidak ideal 
  3. Kategori lelaki dan perempuan yang mempunyai berat badan ideal
         50 peserta terawal bagi kategori lelaki dan 20 peserta bagi kategori perempuan akan menerima hadiah dari pihak penganjur.


          Kesemua pihak yang terlibat dijemput hadir ke Auditorium KPPS selepas berakhir cabaran Walkhaton berjalan 10,000 langkah bagi sesi pelancaran program penutupan Program Hidup Sihat yang disempurnakan oleh En. Nanthakumaran A/L Manikam Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri,Negeri Sembilan. Suasana pada majlis itu dimeriahkan lagi dengan persembahan dari pelatih Kolej Pembantu Perubatan Seremban dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah. Persembahan Zapin,choral Speaking,teater dan tarian klasik india antara yang mendapat perhatian pada hari tersebut.



         Secara natijahnya,Program pada kali ini menjadi titik peningkatan kesedaran bagi semua yang terlibat dalam terus meningkatkan kualiti kesihatan sekaligus menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
        
-Kami Sedia Membantu-

5 Apr 2012

Pemberitahuan : Walkhaton 10,0000 langkah


          Pemberitahuan kepada semua pelatih KPP Seremban.Pada Hari Sabtu 14 April 2012 akan diadakan satu program Walkhaton 10,000 langkah anjuran Pihak Kolej pembantu Perubatan Seremban dengan kerjasama Majlis Tertinggi Pelatih KPP Seremban.Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan kita iaitu pelatih-pelatih dari Kolej Kejururawatan Kuala Pilah.

          Pendaftaran akan bermula pada 7.15 pagi. Aktiviti kali ini diwajibkan kepada semua pelatih semester 1,2, dan 3. Antara aktiviti lain yang akan dijalankan ialah coral speaking,tarian zapin,teater dan koir dari pelatih KPPS dan KKKP.

         Diharap semua pelatih semester 1,2 dan 3 dapat melibatkan diri dan memberi komitmen penuh dalam menjayakan aktiviti walkhaton 10,000 langkah pada sabtu ini.

-Sedia membantu-